Thursday, July 26, 2018

CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT

1. PERANAN KERAJAAN


  • Menapis filem yang mempunyai adegan yang mendorong ke arah perbuatan syirik dan khurafat sebelum ditayangkan kepada orang awam          
  • Mengadakan pameran tentang amalan syirik dan khurafat.
  • Menerbitkan filem dan program dakwah yang berunsurkan kerohanian kepada masyarakat seperti halaqah,al-kuliyyah dan tanyalah ustaz untuk menambah pemahaman mengenai bahaya amalan syirik dan khurafat.
2. PERANAN MASYARAKAT
  • Masyarakat terutama kalangan ibu bapa perlu mendedahkan tentang amalan syirik dan khurafat sejak dari awal pembesaran anak-anak.
  • Masyarakat harus berfikir secara rasional dan tidak terlalu mempercayai tentang adat - adat resam , kepercayaan dan petua orang terdahulu.
  • Masyarakat perlu prihatin antara satu sama lain seperti menegur sekiranya melihat perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam. 



3. PERANAN DIRI - SENDIRI


  • Memperbanyakkan amal ibadat untuk meningkatkan keimanan dan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T.
  • Tidak mudah terpengaruh dengan filem yang ditonton berkaitan dengan cerita khurafat dan syirik.
  • Menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang berunsurkan syirik dan khurafat .

No comments:

Post a Comment

SYIRIK Bermaksud perbuatan yang menyamakan sesuatu selain Allah dan disandarkan pada Allah dalam hal  rububiyyah  dan  uluhiyyah . Umumn...