Thursday, July 26, 2018

KHURAFAT

  • ialah yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.

Image result for hadis berkaitan khurafat


CONTOH KHURAFAT :

  1. Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu. Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang tidak ada sekutu dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana segalanya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah.
  2. Mengamalkan ilmu pengasih atau ilmu yang didakwa dapat menawan hati seseorang samada dengan tujuan baik, iaitu ingin bernikah, ataupun dengan tujuan yang jahat, iaitu ingin memperdaya seseorang adalah haram di sisi agama. Ia termasuk dalam kelompok ilmu sihir, walaupun dengan menggunakan ayat al-Qur’an yang ditokok tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu.
  3. Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka dan badan atau lainnya. Merubah sesuatu yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah haram.
  4. Bersahabat dan meminta pertolongan kepada Jin/Khadam/Masuk Tok Nenek dalam badan (menurun).Islam amat melarang umatnya bersahabat, meminta pertolongan dan apatah lagi berkahwindengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya dan kehidupannya amat berbeza sama sekali dengan manusia.

CONTOH KHURAFAT DALAM FILEM


Image result for FILEM KHURAFAT

https://youtu.be/AVovkB6uIoM

Mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tetapi, manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini.
Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.


Image result for FILEM DUKUN

https://youtu.be/6I3U_UwRLmU

Berikutan kepesatan pembangunan Kuala Lumpur, muncul sebuah kisah perihal ketaksuban manusia terhadap kekayaan, kuasa, kecantikan, keremajaan abadi dan darah yang tumpah dalam mengejar semuanya. Karim (Faizal Hussein), seorang peguam nekad untuk mencari anaknya yang hilang tanpa mengira caranya. Masalah Karim menjadi semakin sukar apabila membuat perjanjian dengan Diana Dahlan (Umie Aida), seorang OKT (Orang Kena Tuduh) yang berjanji untuk membantu pencariannya. Tanpa diduga, Karim membongkar kisah yang lebih gelap yang menyebabkan dia kehilangan segala-galanya.

No comments:

Post a Comment

SYIRIK Bermaksud perbuatan yang menyamakan sesuatu selain Allah dan disandarkan pada Allah dalam hal  rububiyyah  dan  uluhiyyah . Umumn...