Thursday, July 26, 2018


SYIRIK


  • Bermaksud perbuatan yang menyamakan sesuatu selain Allah dan disandarkan pada Allah dalam hal rububiyyah dan uluhiyyah. Umumnya, menyekutukan dalam Uluhiyyah Allah seperti berdoa kepada selain Allah.





JENIS-JENIS SYIRIK : 

1. Syirik Akbar (besar);
    - iaitu syirik yang mengeluarkan seseorang itu dari iman (yakni murtad dari agama) dan di akhirat dosanya tidak akan diampunkan Allah dan ia tidak akan dapat masuk syurga selama-lamanya.

Contoh Syirik Besar :



  • Syirik Dzahir Jali iaitu syirik yang terang dan nyata tanpa ada kesamaran di mana orang yang melakukannya jelas dianggap telah menyengutukan Allah. Syirik ini berlaku apabila seseorang itu menyembah selain Allah.
  • Syirik Bathin Khafi iaitu syirik yang zahirnya tidak kelihatan seperti syirik, namun pada hakikatnya ia adalah syirik kerana terdapat padanya unsur yang jelas menyekutukan Allah. 


2. Syirik Asghar (kecil);

     - iaitu syirik yang tidaklah mengeluarkan seseorang itu dari agama, namun ia tergolong dalam dosa-dosa besar (malah paling besar) dan dibimbangi orang yang melakukannya atau berterusan melakukannya akhirnya akan mati sebagai seorang kafir jika tidak diberi rahmat oleh Allah dengan taubat dan keampunanNya.

Contoh Syirik Kecil :



  • Bersumpah dengan nama selain Allah
  • Menggantung tangkal
  • Berjampi menggunakan kalimah-kalimah syirik atau yang tidak diketahui maknanya
  • Sihir
  • Tukang tilik, tukang ramal
  • Bernazar kepada selain Allah
  • Menyembelih untuk selain Allah

Contoh syirik dalam filem :



Berlaku bencana seluruh dunia yang menuju kepada hujung dunia dan mempunyai orang yang mungkin terselamat berusaha sedaya upaya untuk meneruskan kehidupan mereka. filem itu mendapat inspirasi oleh beberapa hipotesis menyatakan yang bahawa kaum mayans purba meramalkan peristiwa kiamat akan berlaku di sekeliling musim sejuk solstis 2012.







Film Syirik bercerita tentang seorang perempuan bernama Lady (Nadhira Hill) yang menjadi korban dari perjanjian dengan setan. Perjanjian untuk membuat kaya raya kembali dengan mengambil janin keturunannya melalui Romy (Guntur Triyoga) suaminya yang jauh dari Tuhan. Iblis merasuk Romy untuk mengambil janin yang sedang dikandung oleh Lady, Lady berusaha untuk lari dari kejaran iblis yang merasuki suaminya tersebut, hingga bertemu kawan lamanya Marwan (Farid Ongky) yang kini menjadi seorang ustaz ahli ruqyah.

https://youtu.be/1rpyUsQz3lQ



No comments:

Post a Comment

SYIRIK Bermaksud perbuatan yang menyamakan sesuatu selain Allah dan disandarkan pada Allah dalam hal  rububiyyah  dan  uluhiyyah . Umumn...